Sunday, 17 May 2015

RESEPI AYAM MASAK SCHEZUAN


(Pic credit to wendyinkk.blogspot.com)

Sorry sangat, tak perasan tak pernah snap proper pic of masakan ni.
Another simple resepi nak share arini..
Seriously recipe ni simple sangat tapi sedap kalau lawan dengan nasik panas-panas.
Cam biasala, aku suka lawankan dengan taugeh goreng dengan kucai tu, hewhew...

BAHAN-BAHAN:

Ayam ( dalam setengah ekor kecik)
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Lada kering 4 tangkai (gunting seinci rendam sejak start masak tu)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
Sebijik bawang holland (bawang biasa pon boleh, hiris half bulat)
Bijan (optional, aku tak pernah guna pon)

CARA-CARA:

1) Ayam potong kecik macam masak padprik tu, gaul garam, goreng halfcook sahaja, ketepikan.

2) Amek garlic 4 bjik, ketok je pecahkan macam masak kat restoran tu. Halia dalam seinci, cincang halus.. Terus goreng dalam minyak sikittt je.

3) Dah naik bau, masukkan semua sos kicap minyak bijan semua. Then masuk ayam..

4) Gaul rata, masuk bawang, lada kering tadi( kalau korang suka nak pedas, pecahkan cili padi instead of lada kering)

Serius dah siap, haha.
Ni kitorang anak-beranak bole habis sekali hadap je.
Kalau suka nak cantik, taburla daun bawang yang dihiris seinci, taruk kacang gajus, brokoli ke putik jagung ke..
Last sekali tabur biji bijan tu..
Which is aku skip semua tu..hahahaha punya pemalasss!
Bukan, sebenarnya nanti senang Faiq nak makan sekali..

Boleh buat sambil tutup mata tido kat dapur. :)

No comments:

Post a Comment