Thursday, 15 October 2015

TIPS SUSU BANYAK

Bismillah..

Lama dah nak share pasal topik ni, antara yang paling banyak permintaan dari kawan-kawan untuk dikongsi.
Cuma sebelum saya memulakan entry, suka saya ingatkan bahawa saya berpegang kepada prinsip "LAIN ORANG, LAIN REZEKINYA"
Jadi, mohon kepada yang membaca berlapang dada.
Ini hanya sekadar perkongsian dari saya berdasarkan pengalaman menyusukan kedua-dua anak bujang syurga saya.
Insya Allah next entry saya cerita jatuh bangun saya sepanjang menyusukan dorang.
Kalini kita terus straight to the point, hehe.


TIPS BANYAK SUSU/BANYAK STOK SUSU

1.MINDSET
Setuju atau tidak, perkara ni merupakan main key untuk sukses. 
Yelah, kalau anda tidak tahu, kilang susu adalah di minda. 


Jadi, kena stay positif, positif, positif. 
Jangan sesekali underestimate kemampuan diri sendiri.
Allah ciptakan kita mesti ada susu.
Antara kuat dan tidak aje.
Cuba tanya diri sendiri, adekah anda dah berikan yang terbaik sedaya anda untuk anak anda?
Kalau dah, tapi masih tak diberi rezeki, tak mengapa.
Kalau alasan, 'malas nak pam kat  tempat kerja' tak dapeklah nak nolong.


2. PEMAKANAN

Pemakanan yang betul juga merupakan pengaruh besar dalam penghasilan susu.
Percaya atau tidak, saya tak pernah mengambil apa-apa suplemen sejak susukan Faiq lagi.
Ini bukan bongkak, tapi saya dah cuba ambil 1 milkbooster ni, tapi sama je hasil dia.
Apa yang penting, amalkan diet TINGGI PROTEIN.
Bukan banyaknya nasi, hehe (saya pernah jugak ni buat macam ni)
Masa susukan Faiq, sarapan wajib saya adalah half boiled egg.

Di samping tu, cari natural milkbooster anda.
Macam saya, kalau makan daging kambing, siaplah boleh basah sampai ke baju walau dah pakai pad.
Selain tu macam cheese, durian (hasil kajian, memang mostly makan durian akan banyak susu, antara anak tahan dengan tidak jelah), jantung pisang dan macam-macam lagi.
Lain badan, lain natural milkboosternya.
Kena gigih masa makan tu, perhatikan, makan ape susu jadi banyak.

Uniknya, masa Faiq lain, masa Fatih pon lain milkboosternya.
Kuasa Allah :)
Ini antara milkbooster korang boleh cuba.
Sawi, sawi putih, kangkung, jantung pisang, longan, durian, telur, cheese, daging kambing, kopi panas, horlick, milo panas, halba and the list goes on.
Korang google jelah "senarai makanan milkbooster" beratur keluar nanti.


3. MINUM AIR BANYAK

Yes, up to 3 liter sehari.
Logiknya pon, susu tukan air, takde ayor dalam badan, mane nak datang airnye kan? Hehe lagi.


4. MOOD YANG SIHAT

Seriusly bagi saya stres adelah major killer penghasilan susu.
Bagi saya sendiri, walau breast bengkak macam mana pon, kalau tengah stres, kalau biasa boleh dapat 12oz, boleh drop sampai 3oz aje.
Nampak tak betapa killer dia tu?
Ade skali tu jugak, saya bangun 2am, nak pam susu sebab tengah bengkak masa tu, demi nak buat stok susu.
Disebabkan penat, saya pam sambil nangis-nangis, sebab penat dan ngantuk (masih kerja masa tu), dapatnya 1.5oz je..

Jadi, masa pam tu, jagalah mood.
Sambil pam, tengok gambar dan video anak.
Cipta mood kasih sayang tu, insya Allah boleh sampai 2x let down reflek (LDR) tu kalau saya.
Dan jangan lupa, zikir Ya Mattin jangan putus....


5. PAM YANG BERKUALITI

Cakap pasal pam, untung sangat zaman sekarang dah banyak sangat option.
Dari murah sampai mahal.
Nak kena bijak kaji review jelah.
Zaman saya pakai spectra 3 yang berat tuhhhhh tapi Alhamdulillah sangat berjasa.
Kalau tanya saya, saya sajes ameklah double pump electric.
Pada saya efficient dengan masa.
Sebab masa LDR tu kan dedua belah keluar, sayanglah tak manfaatkan yang menitis tu.
Kenapa electrik?
Sebab saya malas manual, hihi.
Sambil pam tulah berehat kalau saya.
Sekarang siap ade freemie, boleh pam sambil jalan-jalan buat kerja ha kauuuuu.
Takde alasan dah lagi.


6.SOKONGAN ORANG TERSAYANG

Ini sangat penting untuk ibu breastfeeding.
Support terutama dari suami.
Dorang ni memang biasanya tak nak amek port, so tugas kitalah bagi ilmu dan kesedaran pada dorang ni, educate dorang.
So walau dorang takleh tolong apa sangat selain mungkin basuhkan pam, sekurangnya dorang tolonglah dengan urusan benda lain macam kerja rumah masa kita bz mengepam.
Nak lebih canggih, tolonglah buatkan air panas masa isteri tengah pam tu..
Ya Allah, kompem dari LDR sekali, bole jadi 3x sebab isteri hepi.

Dan orang lain tu, macam family members, kawan-kawan, bagilah moral support.
Jangan pulak kau tau orang tu full breastfeed anak, kau sumbat pulak susu formula or paling tipikal, gatal mulut cakap, ' Oh, padanla anak kau ni kurusss, bagilah susu formula, baru gemok bambam debabbab'.
Memang carik gaduh...haahahah
Janganlah dibunuh semangat kawan tu.
Korang yang bagi sokongan tu pon tak pasal dapat pahala, tak nak ke?

Or boleh jumpa pakar laktasi berdekatan
Boleh refer hospital kerajaan terdekat untuk menghubungi mereka.



So, betapa besarnya kedudukan ibu-ibu menyusukan anak ni.
Sampai sering diberi rukhsah oleh Allah.
Disebut-sebut dalam Al Quran.
Nanti lepas ni kita share pasal pengalaman sendiri pulak.

TO ALL BREASTFEDEDING MOM, U ALL HAVE MY RESPECT!
BREASTFEEDING RAWKS

Al-Baqarah


Wednesday, 23 September 2015

Memori Hitam Raya Haji

Fuh, berhabuk blog since deliver Muhammad Fatih Akhtari.
Almost 4 months dah, banyak hutang post dengan kawan-kawan nak dibuat.
Macam mana nak updatenya, asal mama bukak pc, dia pon bukak mulut, haha.
Takpe korang, slowly aku akan buat jugak, insya Allah.

Hem...
Bila dengar takbir Raya Aidiladha ni, memang takkan boleh lupa kenangan hitam 4 tahun lepas.
Ha sampai hitam, apenye yang hitam tu.. Masa tu sarat mengandungkan Muhammad Faiq Abqari 8 bulan. Kami pagi raya dekat Pasir Gudang masa tu.
Since cuti kejap dan aku dah expect jalan mesti jem gaban, tak larat woooo tampung pinggang niha.
Lepas solat baru nak gerak balik kampung plannya.

Suami bersiap pergi solat, 
'Yang, hubby balik, kita gerak terus okey. Sayang siap-siap.'
'Semayang bape lama eh by?'
'Kejap je, dalam setengah jam'

I look at the clock, okey kol 8.00am. Aku pon dengan beratnya (berat i really mean berat, masa pregnant faiq berat naik 21kg) terpisat-pisat bangun, bersiap.

Masa turun tangga tu, entah macam mana, aku macam perasan dah sampai tangga last sekali, eh rupanya ada lagi 3 anak tangga ke?
Aku jatuh tapi masa tu berusaha tahan perut dari terhentak so aku tampung badan dengan tangan.

Dengan berat almost 80kg masa tu, imagine what happen to my leg?
Kaki aku terseliuh sangat teruk (sebab tergesel dengan tangga pon ya) tangan pon sama.
Masa tu, memang menangis sebab sangat risau baby dalam perut.
Nak bangun tak boleh.
Korang bayangkan macam dalam drama.
Sebijik macam dalam drama, aku seret badan dengan kekuatan tangan, mengesot ke sofa.
Duduk atas sofa, (crying out loud), nak call hubby.
Eh, henpon terpelanting tadi, mengesot pulak capai fon.
And bila line connected, telefon hubby berbunyi, dalam rumah.
Yes, dia tinggal fon!
Pandang jam, pukul 8.20am.
I decided duduk tunggu dia balik.
Tadi kata setengah jam jekan?
10 minit oke kot.
Baby dah tak gerak masa tu.
(Sambil nangis kuat-kuat)

8.30, masjid belakang umah je, aku masih dengar solat belum habis.
15 minit berlalu, bayang dia belom nampak jugak.
Suara dah takde, tapi masih nangis risaukan baby.
Kenapa tak call orang lain? Tak terpikir langsung ialah jawapan dia.

8.50 rasanya masa tu, aku dengar bunyi hubby bukak pintu, nangis kuat semula, and muka dia terus berubah bila nampak aku menangis camtu.
'Sayang jatuh tangga!'
'Ya Allah! Patutla hubby rasa tak sedap hati!'
Dia join menangis sekali, pegang perut panggil baby macam selalu tapi he didnt respond.
'Kenapa hubby tak bawak fon?'
'Hubby mintak maaf sayang. Kita pegi hospital sekarang!'

Ade bleeding sikit. On the way to hospital, call mak, tell her what happened, and...
Yelah, sila bayangkan kerisauan seorang mak, abang, kakak semua oranglah!

And that's the very first time i experienced sakitnya laluan diperiksa.
Like seriously sakit okey.
Since baby tak bergerak, they all buat semua, scan, ctg..

'He's fine Alhamdulillah, cuma baby merajuk, dia terkejut' said the doctor.
Kami balik, terus gerak ke kampung...

Okey, ape moral story kat sini?
To all husband, bawak henpon pegi mesjid!
Asben aku memang tak bawak fon pegi mesjid but since then, tak trauma tak taulakan.
Ade jugak kadang dia takmo bawak fon.
'Ha, tak ingat ke.....'
Aku cakap tu je, terus capai fon.
Sebenarnya dia annoyed sangat benda tu dalam poket masa nak solat.
Blurghhhh, guys. kitorang bawak baby 3kg okey, dalam perut lagi okey.
Fon tu 300 gram tak sampai.
Kahhhh, aku dan bebelan berpisah tiada.

SELAMAT HARI RAYA HAJI KORANG.
SEMOGA KITA DIJEMPUT JUGA KE SANA, SESUAI BILA DIKEHENDAKI ALLAH.
JOM MAKAN RENDANG, MENGGEMOK BERJEMAAH

Monday, 25 May 2015

RESEPI PUDING KASTAD BERKUAH


Berhari tak sempat buat ape-ape entry..
Nak kata sakit nak deliver, hehe belom lagi cuma adelah ulang-alik spital dengan appointment dengan pakarnya lain..

Since ini resepi yang paling banyak permintaannya, jomlah kita share.
Buatnya senang sangat..senang je..
Sedap pulak tu and bole simpan sampai seminggu kalau kena cara simpannya.
Pudingnya simpan bertutup camtu jugak kuahnya.
Simpan berasingan.
Buah tu nak makan, baru potong.


RESEPI PUDING KASTAD BERKUAH MAMA FAIQ :)

Bahan-bahan:

Tepung kastad (standby jela sebungkus)
Gula
Susu cair 1 tin

Cara buat puding:

1.Sukatannya ialah 1:4 yang bermaksud, 1 cawan tepung kastad, 4 cawan air.
Cawan tu biarlah cawan yang minum buat air tetamu datang minum air panas tu, janganlah kole besi yang beso gedabak buat tarik teh kat mamak tu pulak...
Tak padan nanti dengan susu cair setin.

2.Masukkan nisbah di atas (1:4) tu, siap2 godak sebatikan sebelum boh atas api. Ehhh, gula boh dalam secawan.

3. Dengan api sederhana, jangan benti kacau (aku salu je curik main hp masa buat, tapi perhatikan jangan sampai berketul, tak comella kan)

4. Kacau sampai dia betul pekat, kaler memang akan berubahla. Dan tunggu sampai dia meletus-letus.. Means dah okelah tu...

5.Masukkan dalam bekas ikut suka korangla bekas ape pon.. Kalau guna sukatan 1:4 ni, takyah masuk fridge pon takpe...Dia akan keras elok..


Bahan Kuah:

1.Masukkan susu cair dalam periuk, masuk air 2 kali ganda sukatan susu tu. Masukkan gula ikut tekak korang. Then masukkan beberapa sudu tepung kastad (dalam 3 sudu ke) cairkan dalam mangkuk asing dengan air sikit, baru lontarkan ke dalam periuk..

2.Tunggu apa lagi, masak jela sampai didih.. Dah sejuk sikit, masuk esbok.. Sejukkanla baru sedap makan ye dak

Buah tu ikutla korang minat taruk apa..
So far aku try, memang tembikai merah and tembikai susulah paling inn pergi dia.
Eh, nak bagi tips carik buah tembikai susu yang manis.
Korang cium, kalau wangi semerbak harum dari luar tu, insya Allah manislah dia..
Tembikai merah tak tau.hahhaaha
Letak mangga pon penah, sedap jela pada aku..hehehe
Tabur plak nata de coco la bagai..bukan main.
Aku tak minat sangat letak koktel dalam tin tu..
Nak campur pon boleh je..sebat je...

Dah, pegila buat..
Sok lusa tulat sampai weekend bole makan.
Kalau sempatlahhhhhh..



Sunday, 17 May 2015

RESEPI AYAM MASAK SCHEZUAN


(Pic credit to wendyinkk.blogspot.com)

Sorry sangat, tak perasan tak pernah snap proper pic of masakan ni.
Another simple resepi nak share arini..
Seriously recipe ni simple sangat tapi sedap kalau lawan dengan nasik panas-panas.
Cam biasala, aku suka lawankan dengan taugeh goreng dengan kucai tu, hewhew...

BAHAN-BAHAN:

Ayam ( dalam setengah ekor kecik)
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Lada kering 4 tangkai (gunting seinci rendam sejak start masak tu)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
Sebijik bawang holland (bawang biasa pon boleh, hiris half bulat)
Bijan (optional, aku tak pernah guna pon)

CARA-CARA:

1) Ayam potong kecik macam masak padprik tu, gaul garam, goreng halfcook sahaja, ketepikan.

2) Amek garlic 4 bjik, ketok je pecahkan macam masak kat restoran tu. Halia dalam seinci, cincang halus.. Terus goreng dalam minyak sikittt je.

3) Dah naik bau, masukkan semua sos kicap minyak bijan semua. Then masuk ayam..

4) Gaul rata, masuk bawang, lada kering tadi( kalau korang suka nak pedas, pecahkan cili padi instead of lada kering)

Serius dah siap, haha.
Ni kitorang anak-beranak bole habis sekali hadap je.
Kalau suka nak cantik, taburla daun bawang yang dihiris seinci, taruk kacang gajus, brokoli ke putik jagung ke..
Last sekali tabur biji bijan tu..
Which is aku skip semua tu..hahahaha punya pemalasss!
Bukan, sebenarnya nanti senang Faiq nak makan sekali..

Boleh buat sambil tutup mata tido kat dapur. :)

Friday, 15 May 2015

ANTI STRETCH MARK LOTION/CREAM

STRETCH MARK

Stretch mark ni bukan nama makanan eh...
Arini nak cuti cakap pasal makan..hahaha
Jangan kuciwa.

Jangan tak percaya, ade je orang yang tak tau stretch mark ni ape..
Selalunya, benda ni sinonim dengan pregnant women.
Tapi sebenarnya benda ni orang tak ngandung pon bole ade, especially yang berat berlebihan la kan...
Dekat perut, paha, bumper, lengan pon boleh hado..


Ni contoh dia...
Since ihsan dari google, aku pon tak tau ni sebab pregnant ke ape..
Tapi lebih kurangla camni.
Kalau pregnant tu pahamlakan, dari perut kita normal(normal ke buncit?) tiba-tiba macam bawak tembikai merah kat dalam, kulit semua meregang.

Nak tengok yang laaagi horrible?
Mohon jangan terbawa-bawa dalam mimpi atau terus taknak pregnant.
Aku ke berdosa share pic ni..


Ni sumpah menangis selagi tak elok kalau sampai tahap camni..huwaaaaaaa
Besarnya pengorbanan mak mak ni..

So, dari kita menyerah diri je kira macam nasiblaaa kalau dah nak jadi camni, nak buat camnekan...
Janganla camtu weh..
Kita ikhtiar.
Ade je macam-macam jenis lotion kat luar sana tu bole pakai untuk elak benda ni..

Untuk second pregnancy ni, aku try brand ni


Beli kat Watson je krim ni.
Serius bagusssssss.
Tak mahal pon, RM belas-belas je..
Compared to dulu masa ngandung Faiq, aku pakai dua jenis.
B** O** dengan C**** B****R
Dua-dua pon seems not ok.
Ke orang lain pakai ok?

Tak kisahla, im just sharing this brand yang aku rasa orang tak tau sangat.
Kan?
Pernah dengar ke?
Aku tak pernah tau brand ni before ni.
Anak-anak aku, agak semangat-semangat orangnya.
Faiq dulu 3.5kg
Yang ni pon dah nak 3kg dah in 36w.
Keturunannnn..
(Kau apesal salahkan keturunan sedangkan kau yang kuat makan kan?)
So bayangkanlah kalau aku tak pakai ape-ape..
Ade muka momok nanti kat perut wuwuuuu...

Boleh stat pakai masa perut korang dah mula nampak bump tu.
Aku masa 4 bulan kot baru stat pakai.
Dia herbs je.
Angin-angin sikit sepoi-sepoi nan sejukk di perut korang.
Packaging dia camni.
Dah pergi beli cepat.


Thursday, 14 May 2015

RESEPI AYAM MASAK UJANG



Hujan lebat kat luar..
Makanya, adelah sikit masa nak menaip resepi yang kengkawan dok request.
Sebab tak keluar berniaga malam ni since ujan..
Ade rezki dapat masuk beniaga kat bazar karat JB tu.
Eh, promote ke camne?

Okey, aku tau, mostly kengkawan, kekita semua orang yang bz..
So, this is a very simple recipe, bahan senang, campak lontar buang je insya Allah kompem jadi.
Nama dia AYAM MASAK UJANG.
Dulu before kawen, sumpah tak pernah dengar benda ni.
Lepas kawen dengan orang Kluang, barula tau ada masakan nama ni,,
Yang paling lejen fav kitorang dekat kedai kat Kluang Railway Station tu.
Disebabkan asben tu spesis yang bzness and komited konon-konon  dengan kerja, susah jugak nak dapat balik sana.
So, pada satu malam yang sunyi, lepas beli, aku rase, aku belek apelahhhh ade dalam ayam masak ujang ni..
So aku memandai come up with my conclusion yang resepi dibawah adelah bahan-bahannya.
Tapi suka aku ingatkan, pada yang tak tahan pedas, mohon berundur dari resepi ni sebab dia memang  pedas gilaaaaaa...


RESEPI AYAM MASAK UJANG
(Resepi setengah ekor, kitorang makan sikit memang tak cukup)

BAHAN-BAHAN:

Bahan blender:
Segenggam cili padi hijau
2 bijik bawang besar size sedang
4 bijik bawan putih
Seinci halia

Bahan Lain:
Ayam setengah ekor
1 bijik bawang untuk hiris
5 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak bijan (skip pon boleh tapi kurang umph)
2 sudu makan kicap manis

CARA MASAK:
1. Ayam setengah ekor tu potong kecik macam masak paprik tu... Gaul dengan garam, goreng separuh masak. Put aside bila dah siap...

2. Kurangkan minyak tadi, masukkan bahan blender tadi. Kenapa aku kata cili padi hijau? Sebab cili tu dia jenis tak pedas sangat. Kalau kau guna yang merah makngah tu, matilahhhh kang perut korang terhakis jangan salahkan aku. Dahla guna segenggam. Errr, ekceli, aku akan guna lebih..wahahaha.

3. Dah garing, masukkan je dengan bergaya semua bahan sudu makan tu...Lepas tu ayam, lepastu bawang hiris.

4. Rasalah, kalau kurang masin, boh sikit garam.

Dah siap....
Rupa dalam gambar macam tak kacak, sebab aku takde plak gambar proper.
Tapi rasa dia...emmm..
Jangan cirit sudah...jahahahaha

Nanti aku share lagi resepi yang simple-simple sebab aku memang spesis malas, nak cepat tapi since asben tak suka makan luar..
Gigih aku masak jugak ari-ari.
Lepas kau susah payah, bila perut beliau membusung, disalahkannya kita, siapa suruh masak ari-ari sedap-sedap.
Aih...
Macam biasa aku suka padankan dengan taugeh goreng dengan kucai.
Memang in habis.

Selamat menerai :)

Tuesday, 12 May 2015



ASAM PEDAS
Sapelah tak suka asam pedas..
Kalau uma nilah, seminggu macam sekali mesti ade masak asam pedas..
Tak kisahla ikan ke ayam ke.
Fav En. Aizat tuhhh asam pedas hayam letak sikit lada hitam.
Kompem menggelabah carik roti sebelah malam, kuahnya dihirup macam makan kuah soto.

Tapi, masak asam pedas ni quite tricky.
Nak kate susah, nanti ade pulak yang kata, "yekeeeeee???" (sambil angkat kening)
Jujurnya, asam pedas ni adelah masakan paaaaling last aku berjaya master (sendiri bagi award master, bahhaahah)
Second last sambal tumis..
Yang ni macam sambal tumis, tapi nak bajet air asam jawenye pulak..
Bertahun aku try masak, bagi mak rasa, then masa tu feedbacknya mesti,
"Emmmm kurang asam ni..."
"Emmm, lebih bawang ni.."
"Emm, lada tak cukup garing ni..."
"Emmm,, manisnya, lebih gula ni.."











Sampailah pada satu hari yang sunyi, masa aku masak asam pedas...
Mak diam je masa rasa, senyum macam ikhlas macam tak..
Itula the same reaction aku dapat masa pass masak sambal tumis.
Kira pass la tuuu...Alhamdulillah...

Monday, 11 May 2015



OATNUT CHOCHIP COOKIES

Okeylah sementara tunggu encik asben melayan running man, mehla kita share sedas resepi cookies ni..
Rupa memang tak hensem..
Tapi bagi yang taste dia ala-ala Kanye West mesti rase gojes sangat cookies ni..

Serius wooooo senang gilerr je resepi ni, takyah nak mixer ke ape..
Godak guna tangan je..
Ade jugak senam untuk mengurangkan kegedeberan babat lengan kan?
Bahan pon tak susah and pelik..
Sebenarnya ni campak je apa dalam fridge, baki kacangla, baki choc chipla.
And tadaaaa jadikla dia..


OATNUT CHOCHIP COOKIES 

Bahan-bahan A(diayak together-gether):

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Bahan-bahan lain:
90g oat
100g kacang(sukati)
100g chocchip
200g mentega/butter
120g brown sugar (nak ganti gula castor pon tak dosa, kurang kick jela rase dia and aku opkos kurangkan sukatan)
1 biji telur gred A
Sikit vanila

Cara buat:
(Awal-awal mesti kena preheat oven, 160c)

1, Pukul mentega dengan gula (aku kurangkan ke 100g je) kejap, then boh telo and vanila. Kejap je, dalam 5min kot... Guna senduk kayu ke, senduk ape-ape jela yang ada..Jangan kau guna sudip besi sudahhh...

2. Masukkan oat, kacang, choc chip kacau rata kejap..

3. Masukkan bahan ayak.. (kalau korang nak tau, aku punyala malas tahap dewa, salu kacau dengan tangan je raba-raba dalam tepung ade ketulan tak..hahahaaaa) Yelah, dengan budak kecik sibuk nak masuk celah ketiak tengok jugak aku menggodak tepung, tak LEJEN susah jugak tahu. Kacaula rata-rata.

4. Aku malas nak lengser mentega tak nak kasik lekat..Suka guna kertas minyak. Alas siap-siap. Kalau rajin buatla bentuk parabola ke bola-bola ke, tekan sikit dengan garpu atas dia.. Tapi as a LEJEN MAMA, aku guna sudu je, memang dia takde bentuk rasmi..

5. Bakar 160c selama 20min (Lain oven lain kerenah dia..jadik sebagai tuan, mohon memahami siti oven korang, takla rentung ke tak masak ke)

Macam biasa, kuarkan sepatutnya biar dia sejuk sikit baru alihkan..
Tapi again, as a LEJEN MAMA, aku suka makan panas-panas sikit tuhhh..
Takyahla ikut yang kengkonon lejen ni..hahahahaa
Sejukkan sikit, alihkan, betul sejuk baru masuk bekas kedap angin..(kalau sempat simpanlaaaa)
Sukatan tadi dapat 40 bijik.

Senangkan?
Tak senang?
Kalau camni tak senang jugak, terpaksala pergi beli je...kekekekke


BLOGGING FOR U, YES FOR YOU!


Wohaaaa!!!
Ini adalah my very first post for this new blog.
Puncanya sampai kena buat blog?
Kau ingat kau banyak sangat masa ke nak berblog bagai ni?

Antara main reason yang tak mampu disangkal ialah sebab setiap kali aplod pic food kat fb, ade saje yang pm mintak resepi.
Yang wasap pon adoooo...
Ade sampai yang terlepas pandang..
Mintak mahapla kengkawan, aku ade PA TERHORMAT okey..
Jangan tak tau itu, yang kegemaran dia ialah curik-curik tekan apa saje asal aku ke dapur ke toilet ke..

Jadik, kalau kat fb tu macam agak-agak terbatas aku nak menaip nak becakap semahunya.
Maka, aku rasakan inilah jalan terbaik untuk membantu kengkawan untuk dapatkan recipes dan cara-cara masaknya sekali.
Bagi yang dah expert tahap kentang, boleh masak dalam keadaan tido mengigau, mohon tutuplah mata sebab aku akan explain caranya dari bape bijik bawang kau kena guna..

Nak menaip pon laju je rasa banding kalau guna hp tuh, dengan jari yang maha gemok, taipan yang maha menyeksakan mata nak membace.. 
Mesti berbuluuuu je korang kan tengok typo aku.

To those yang suka sangat tu mintak resepi, korang taula korang sape..
Tak follow, siap aku babap sorang-sorang..
Ni pon tengah gigih bergaduh dengan Faiq sebok mama nak kek, nak kek...
So, next post jelah resepi-resepi korang tu ye..

Nanti-nanti mesti banyak lagi benda lain nak cerita..
Pasal anak, jalan and ape-ape jelah...



P/S: aku membebel tapi ikhlas tau nak bagi resepi ke apa-apa pon :)

x