Thursday, 15 October 2015

TIPS SUSU BANYAK

Bismillah..

Lama dah nak share pasal topik ni, antara yang paling banyak permintaan dari kawan-kawan untuk dikongsi.
Cuma sebelum saya memulakan entry, suka saya ingatkan bahawa saya berpegang kepada prinsip "LAIN ORANG, LAIN REZEKINYA"
Jadi, mohon kepada yang membaca berlapang dada.
Ini hanya sekadar perkongsian dari saya berdasarkan pengalaman menyusukan kedua-dua anak bujang syurga saya.
Insya Allah next entry saya cerita jatuh bangun saya sepanjang menyusukan dorang.
Kalini kita terus straight to the point, hehe.


TIPS BANYAK SUSU/BANYAK STOK SUSU

1.MINDSET
Setuju atau tidak, perkara ni merupakan main key untuk sukses. 
Yelah, kalau anda tidak tahu, kilang susu adalah di minda. 


Jadi, kena stay positif, positif, positif. 
Jangan sesekali underestimate kemampuan diri sendiri.
Allah ciptakan kita mesti ada susu.
Antara kuat dan tidak aje.
Cuba tanya diri sendiri, adekah anda dah berikan yang terbaik sedaya anda untuk anak anda?
Kalau dah, tapi masih tak diberi rezeki, tak mengapa.
Kalau alasan, 'malas nak pam kat  tempat kerja' tak dapeklah nak nolong.


2. PEMAKANAN

Pemakanan yang betul juga merupakan pengaruh besar dalam penghasilan susu.
Percaya atau tidak, saya tak pernah mengambil apa-apa suplemen sejak susukan Faiq lagi.
Ini bukan bongkak, tapi saya dah cuba ambil 1 milkbooster ni, tapi sama je hasil dia.
Apa yang penting, amalkan diet TINGGI PROTEIN.
Bukan banyaknya nasi, hehe (saya pernah jugak ni buat macam ni)
Masa susukan Faiq, sarapan wajib saya adalah half boiled egg.

Di samping tu, cari natural milkbooster anda.
Macam saya, kalau makan daging kambing, siaplah boleh basah sampai ke baju walau dah pakai pad.
Selain tu macam cheese, durian (hasil kajian, memang mostly makan durian akan banyak susu, antara anak tahan dengan tidak jelah), jantung pisang dan macam-macam lagi.
Lain badan, lain natural milkboosternya.
Kena gigih masa makan tu, perhatikan, makan ape susu jadi banyak.

Uniknya, masa Faiq lain, masa Fatih pon lain milkboosternya.
Kuasa Allah :)
Ini antara milkbooster korang boleh cuba.
Sawi, sawi putih, kangkung, jantung pisang, longan, durian, telur, cheese, daging kambing, kopi panas, horlick, milo panas, halba and the list goes on.
Korang google jelah "senarai makanan milkbooster" beratur keluar nanti.


3. MINUM AIR BANYAK

Yes, up to 3 liter sehari.
Logiknya pon, susu tukan air, takde ayor dalam badan, mane nak datang airnye kan? Hehe lagi.


4. MOOD YANG SIHAT

Seriusly bagi saya stres adelah major killer penghasilan susu.
Bagi saya sendiri, walau breast bengkak macam mana pon, kalau tengah stres, kalau biasa boleh dapat 12oz, boleh drop sampai 3oz aje.
Nampak tak betapa killer dia tu?
Ade skali tu jugak, saya bangun 2am, nak pam susu sebab tengah bengkak masa tu, demi nak buat stok susu.
Disebabkan penat, saya pam sambil nangis-nangis, sebab penat dan ngantuk (masih kerja masa tu), dapatnya 1.5oz je..

Jadi, masa pam tu, jagalah mood.
Sambil pam, tengok gambar dan video anak.
Cipta mood kasih sayang tu, insya Allah boleh sampai 2x let down reflek (LDR) tu kalau saya.
Dan jangan lupa, zikir Ya Mattin jangan putus....


5. PAM YANG BERKUALITI

Cakap pasal pam, untung sangat zaman sekarang dah banyak sangat option.
Dari murah sampai mahal.
Nak kena bijak kaji review jelah.
Zaman saya pakai spectra 3 yang berat tuhhhhh tapi Alhamdulillah sangat berjasa.
Kalau tanya saya, saya sajes ameklah double pump electric.
Pada saya efficient dengan masa.
Sebab masa LDR tu kan dedua belah keluar, sayanglah tak manfaatkan yang menitis tu.
Kenapa electrik?
Sebab saya malas manual, hihi.
Sambil pam tulah berehat kalau saya.
Sekarang siap ade freemie, boleh pam sambil jalan-jalan buat kerja ha kauuuuu.
Takde alasan dah lagi.


6.SOKONGAN ORANG TERSAYANG

Ini sangat penting untuk ibu breastfeeding.
Support terutama dari suami.
Dorang ni memang biasanya tak nak amek port, so tugas kitalah bagi ilmu dan kesedaran pada dorang ni, educate dorang.
So walau dorang takleh tolong apa sangat selain mungkin basuhkan pam, sekurangnya dorang tolonglah dengan urusan benda lain macam kerja rumah masa kita bz mengepam.
Nak lebih canggih, tolonglah buatkan air panas masa isteri tengah pam tu..
Ya Allah, kompem dari LDR sekali, bole jadi 3x sebab isteri hepi.

Dan orang lain tu, macam family members, kawan-kawan, bagilah moral support.
Jangan pulak kau tau orang tu full breastfeed anak, kau sumbat pulak susu formula or paling tipikal, gatal mulut cakap, ' Oh, padanla anak kau ni kurusss, bagilah susu formula, baru gemok bambam debabbab'.
Memang carik gaduh...haahahah
Janganlah dibunuh semangat kawan tu.
Korang yang bagi sokongan tu pon tak pasal dapat pahala, tak nak ke?

Or boleh jumpa pakar laktasi berdekatan
Boleh refer hospital kerajaan terdekat untuk menghubungi mereka.



So, betapa besarnya kedudukan ibu-ibu menyusukan anak ni.
Sampai sering diberi rukhsah oleh Allah.
Disebut-sebut dalam Al Quran.
Nanti lepas ni kita share pasal pengalaman sendiri pulak.

TO ALL BREASTFEDEDING MOM, U ALL HAVE MY RESPECT!
BREASTFEEDING RAWKS

Al-Baqarah