Wednesday, 23 September 2015

Memori Hitam Raya Haji

Fuh, berhabuk blog since deliver Muhammad Fatih Akhtari.
Almost 4 months dah, banyak hutang post dengan kawan-kawan nak dibuat.
Macam mana nak updatenya, asal mama bukak pc, dia pon bukak mulut, haha.
Takpe korang, slowly aku akan buat jugak, insya Allah.

Hem...
Bila dengar takbir Raya Aidiladha ni, memang takkan boleh lupa kenangan hitam 4 tahun lepas.
Ha sampai hitam, apenye yang hitam tu.. Masa tu sarat mengandungkan Muhammad Faiq Abqari 8 bulan. Kami pagi raya dekat Pasir Gudang masa tu.
Since cuti kejap dan aku dah expect jalan mesti jem gaban, tak larat woooo tampung pinggang niha.
Lepas solat baru nak gerak balik kampung plannya.

Suami bersiap pergi solat, 
'Yang, hubby balik, kita gerak terus okey. Sayang siap-siap.'
'Semayang bape lama eh by?'
'Kejap je, dalam setengah jam'

I look at the clock, okey kol 8.00am. Aku pon dengan beratnya (berat i really mean berat, masa pregnant faiq berat naik 21kg) terpisat-pisat bangun, bersiap.

Masa turun tangga tu, entah macam mana, aku macam perasan dah sampai tangga last sekali, eh rupanya ada lagi 3 anak tangga ke?
Aku jatuh tapi masa tu berusaha tahan perut dari terhentak so aku tampung badan dengan tangan.

Dengan berat almost 80kg masa tu, imagine what happen to my leg?
Kaki aku terseliuh sangat teruk (sebab tergesel dengan tangga pon ya) tangan pon sama.
Masa tu, memang menangis sebab sangat risau baby dalam perut.
Nak bangun tak boleh.
Korang bayangkan macam dalam drama.
Sebijik macam dalam drama, aku seret badan dengan kekuatan tangan, mengesot ke sofa.
Duduk atas sofa, (crying out loud), nak call hubby.
Eh, henpon terpelanting tadi, mengesot pulak capai fon.
And bila line connected, telefon hubby berbunyi, dalam rumah.
Yes, dia tinggal fon!
Pandang jam, pukul 8.20am.
I decided duduk tunggu dia balik.
Tadi kata setengah jam jekan?
10 minit oke kot.
Baby dah tak gerak masa tu.
(Sambil nangis kuat-kuat)

8.30, masjid belakang umah je, aku masih dengar solat belum habis.
15 minit berlalu, bayang dia belom nampak jugak.
Suara dah takde, tapi masih nangis risaukan baby.
Kenapa tak call orang lain? Tak terpikir langsung ialah jawapan dia.

8.50 rasanya masa tu, aku dengar bunyi hubby bukak pintu, nangis kuat semula, and muka dia terus berubah bila nampak aku menangis camtu.
'Sayang jatuh tangga!'
'Ya Allah! Patutla hubby rasa tak sedap hati!'
Dia join menangis sekali, pegang perut panggil baby macam selalu tapi he didnt respond.
'Kenapa hubby tak bawak fon?'
'Hubby mintak maaf sayang. Kita pegi hospital sekarang!'

Ade bleeding sikit. On the way to hospital, call mak, tell her what happened, and...
Yelah, sila bayangkan kerisauan seorang mak, abang, kakak semua oranglah!

And that's the very first time i experienced sakitnya laluan diperiksa.
Like seriously sakit okey.
Since baby tak bergerak, they all buat semua, scan, ctg..

'He's fine Alhamdulillah, cuma baby merajuk, dia terkejut' said the doctor.
Kami balik, terus gerak ke kampung...

Okey, ape moral story kat sini?
To all husband, bawak henpon pegi mesjid!
Asben aku memang tak bawak fon pegi mesjid but since then, tak trauma tak taulakan.
Ade jugak kadang dia takmo bawak fon.
'Ha, tak ingat ke.....'
Aku cakap tu je, terus capai fon.
Sebenarnya dia annoyed sangat benda tu dalam poket masa nak solat.
Blurghhhh, guys. kitorang bawak baby 3kg okey, dalam perut lagi okey.
Fon tu 300 gram tak sampai.
Kahhhh, aku dan bebelan berpisah tiada.

SELAMAT HARI RAYA HAJI KORANG.
SEMOGA KITA DIJEMPUT JUGA KE SANA, SESUAI BILA DIKEHENDAKI ALLAH.
JOM MAKAN RENDANG, MENGGEMOK BERJEMAAH